Starting from MYR 8,190.00


7D6N TOKYO OSAKA PENGEMBARAAN

Japan
16 Apr 2024 - 22 Apr 2024
Operate by: MUSLIMTRAVELBUG SDN BHD
Airline No Flight Date
{{ item.name }} ({{ item.code }})
{{ item.no }}
{{ item.direction }}
From : {{ item.from }}
To : {{ item.to }}
{{ transformDate(item.date) }}
ETD : {{ item.depart }}
ETA : {{ item.arrive }}
HARI 1: KLIA HANEDA - TOKYO
Berkumpul di lapangan terbang KLIA dan taklimat ringkas berkenaan perjalanan akan diberikan sebelum berangkat. Selepas itu, para tetamu akan terus daftar masuk bagasi dan ke pintu perlepasan untuk penerbangan ke Haneda. Setelah tiba di Haneda, peserta akan daftar masuk ke hotel.

HARI 2: TOKYO (SP/MT/MM)    
Sarapan pagi dan bertolak ke Asakusa. Kemudian, peserta akan dibawa ke Sensoji Temple untuk melihat Kaminarimon Gate yang merupakan simbol kepada Asakusa dan seluruh bandar Tokyo. Seterusnya, peserta akan dibawa ke kawasan Nakamise Street. Kawasan ini merupakan tempat yang sesuai untuk membeli belah. Peserta juga akan melawat Nitenmon Kawasan ini akan menuju ke kawasan utama Sensoji Temple yang penuh dengan sejarah. Kemudian,peserta akan berhenti bergambar di Tokyo SkyTree. Berehat seketika untuk solat dan makan tengah hari. Bertolak ke kawasan Euno Park. Perjalanan diteruskan dengan peserta dibawa ke Ameyoko. Di kawasan ini peserta boleh membeli makanan segar dan produk penjagaan kulit. Seterusnya, peserta akan melawat patung Hachiko. Kemudian, peserta akan makan malam dan pulang ke hotel.

HARI 3: TOKYO - KAWAGUCHI (SP/MT/MM)    
Sarapan pagi dan daftar keluar dari hotel. Bertolak ke Mt. Fuji. Peserta akan melawat Iyashi No Sato (Samurai Village). Di kawasan ini, peserta berpeluang mencuba pengalaman pakaian tradisional seperti Kimono. Berhenti berehat seketika untuk makan tengah hari dan solat. Kemudian, peserta berpeluang menyertai Mt Fuji 5Steps. Perjalan diteruskan dengan membawa peserta ke Gotemba Premium Outlet yang menyediakan lebih 210 kedai berjenama antarabangsa dan mewah. Kemudian, peserta akan dibawa untuk daftar masuk ke hotel.

HARI 4: KAWAGUCHI - NAGOYA (SP/MT/MM)
Sarapan pagi dan daftar keluar dari hotel. Bertolak ke Nagoya. Kemudian, peserta akan berhenti bergambar di Nagoya Castle. Kawasan ini merupakan khazanah negara Jepun. Berehat seketika untuk makan tengah hari dan solat. Perjalanan diteruskan dengan melawat Nagoya Port. Kawasan ini merupakan perlabuhan terbesar di Jepun. Perlabuhan ini menawarkan pusat hiburan seperti akuarium awam, taman tema dan pusat membeli belah. Seterusnya, peserta akan makan malam dan pulang ke hotel.

HARI 5: NAGOYA - KYOTO – OSAKA (SP/MT/MM)
Sarapan pagi dan daftar keluar dari hotel.Bertolak ke Kuil Kiyomizu Perjalanan diteruskan dengan membawa peserta ke Fushimi Inari Shrine. Kawasan ini mempunyai beribu pagar Torii merah yang menakjubkan.Selain itu, peserta juga akan dibawa ke Arashiyama Bamboo Forest. Berhenti seketika untuk makan tengah hari dan solat. Seterusnya, peserta akan menuju ke Osaka mengunakan Shinkansen. perjalanan tersebut mengambil masa selama 30 minit. Tiba di Osaka, peserta berpeluang mencuba Dotonbori yang terkenal dengan makanan lokal dan Shinsaibashi iaitu tempat membeli belah di Osaka. Kemudian, peserta akan makan malam dan pulang ke hotel.

HARI 6: OSAKA– NARA – KOBE – KANSAI (SP/MT/MM)  
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak ke Nara iaitu bandar yang terletak di timur Osaka. Melawat Nara Deer Park. Kemudian peserta kan menuju ke Bandar Kobe. Seterusnya, peserta akan dibawa ke Shin-Kobe Ropeway. Peserta berpeluang menaiki ropeway untuk pergi ke kawasan tertinggi Kobe. Lihat pemandangan yang menakjubkan Perjalanan diteruskan dengan melawat Kobe Earthquake Memorial Park. Berehat seketika untuk solat di Masjid Kobe dan makan tengah hari. Seterusnya peserta akan dibawa ke Kansai dan makan malam di hotel.

HARI 7: KANSAI - KUALA LUMPUR (SP)
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak ke Kansai Airport. Bersedia untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur.

Includes

• Tiket Penerbangan kelas ekonomi lengkap muatan 20kg

• Penginapan Hotel 3 bintang lengkap sarapan pagi

• Tiket Lawatan seperti yang tertera dalam jadual Pengangkutan bas/Van persiaran berhawa dingin yang selesa

• Pemandu pelancongan berbahsa melayu yang profesional

• Perkhidmatan ketua rombongan professional

• Tips Pemandu Pelancong

• Makanan halal atau mesra Muslim seperti dalam jadual perjalanan.


Excludes

• Travel & Covid-19 Insurans

• Makan dalam kapal

• Dokumen visa untuk bukan warganegara malaysia

• Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan di atas.

• Pilihan lawatan selain yang dinyatakan

• Pembelanjaan peribadi, seperti minuman, souvenirs, telephone calls, porter, laundry, etc.

• Perkhidmatan ini diuruskan dan dijalankan sendiri oleh Muslimtravelbug Sdn Bhd (MTB).

• Jenis dan pilihan Hotel tertakluk kepada perubahan semasa dan boleh digantikan dengan hotel setaraf.

• Harga tertakluk kepada perubanan harga semasa pada cuti umum, sebarang kenaikan adalah diluar jangkaan syarikat dan ia haruslah ditanggung oleh peserta.

• Harga tertakluk kepada perubahan semasa pertukaran wang asing tanpa makluman awal dan MTB tidak akan menanggung sebarang pembayaran tambahan.

• Tiada pemulangan wang jika program lawatan yang tidak digunakan oleh peserta.

• Muslimtravelbug Sdn Bhd tidak bertanggungjawab jika berlaku kemalangan oleh peserta di atas kecuaian sendiri semasa perjalanan.

• Kami menasihati semua peserta untuk membeli insuran perjalanan untuk melindungi anda sepanjang perjalanan.

• Sila rujuk polisi penuh yang telah disediakan di laman web syarikat kami.

• Muslimtravelbug Sdn Bhd adalah syarikat yang yang bertindak mewakili pelanggan untuk pembelian tiket penerbangan serta pengurusan pakej di destinasi anda. Sebarang perubahan disebabkan perubahan jadual perjalanan (cuaca,cuti umum dll) ataupun perubahan jadual penerbangan adalah diluar bidang kuasa kami.

• Bayaran deposit yang terima bermaksud anda telah bersetuju dengan terma & syarat serta memahami polisi syarikat untuk pakej pelancongan anda.

• Bayaran pendahuluan RM500/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.

• Bayaran penuh harus lah dibuat 45 hari sebelum penerbangan perjalanan anda.

• Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej diatas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.

• Mohon untuk merujuk versi penuh Terma & syarat di laman sesawang kami.

Flight Detail Tour Detail Starting From Action
Departure : {{ transformDate(item.departure) }}
To : {{ transformDate(item.arrival) }}
Tour Code : {{ item.hide_prefix_code }}
Status : {{ item.status }}
MYR {{ numberToLocaleNumber(item.price) }}